HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Monday, 4 March 2013

Beta-ians story Part 2

continued from part 1 ...
Assalamualaikum to all my dear friends :)
Hope you are in good health. Seriously I miss all of you so much. I miss the class, i miss everything that we had face together.
Now, this part i will make all of us to remember back about our performance.
It's quite irritating , right? sorry if i'm wrong.
Firstly, I still remember when we first discussing about our drama in a small room at the hall. It was the first time I see all of us show their effort for our team. Although it was during the badminton match. We still made it together at the evening. I felt so excited at that time.

Then, for the days onwards we practised our drama almost everyday. I could see the effort of our team. And during that time we also have some fight,quarrel. It's normal for a team. But, we still face it together. That was make us so unique.

Here are the pictures during our practice. :')

we worked hard until the rehearseal day. but, unluckily our drama  had been rejected. It was very difficult for us to accept the fact.
After the rehearseal :'(
But,we never give up. We tried our best for our team. Although our drama had been cancelled, we still do our performance during the closing caremony. ''Seasons in the sun'' song still playing in my mind.


Princes of Beta-ians :)
Princess of Beta-ians :)
Lastly, I will never forget the moments we cry together, laugh together. I hope we will be friends forever. :)




Saturday, 2 March 2013

Beta-ians story - Part 1

Assalamualaikum.
 
 
Firstly, post kali ni just for Beta-ians. It's about our memories at TLC.
Sedih,gembira,kecewa dan macam-macam perasaan lagi kita dah lalui sama-sama.
Semua tu mengajar kita erti persahabatan dan hidup yang sebenar.
Maybe orang tak tahu ukhuwwah kita memang kuat tapi Allah tahu.
Semoga kita kekal menjadi sahabat selamanya. Friends Forever.
 
 
i will never forget all the faces :')
 
 The Handsome Boys of Beta-ians :)

 
Ni  class rep Beta. Aizat. Seorang yang tegas dan sangat professional. Thanks Aizat sebab dah jalankan tugas dengan baik. Thanks a lot for all your advice. Semoga dapat tunaikan ibadah umrah dengan tenang dan sempurna. :)
 
 
Ni Shaimi. Macam ayah  orang dah. Haha. Gurau je. Jgn marah ye Shaimi. Ehem,..anak  sape kat sebelah tu? -,-
 
 
Ni plak Aiman.  Suka sangat buat duckface dengan Firdaus tu. Haha
 
 
Bdak ala-ala cina ni plak Ashraf namanya. Usher nama glamor dia. Salah seorang driver Beta. Hehe. Jangan marah ye usher :P
 
 
Hakimi. Budak paling tinggi dalam kelas. Thanks sebab selalu tumpangkan kiteorg :P
 
 
Syed Hazwan. Comel ke? No comment. Haha

 
 Khairi. Budak paling pendiam dalam kelas kot. XD


Imran. Video maker Beta-ians. :)

 
Firdaus. Atlet badminton. Chong Wei junior. Good luck for SUKMA :)
 
 
Hisyam. Director
 
 The Awesome Girls of Beta-ians :)
 
 
 Maryam. comel n kecik :) hehe
 
 
 Najie. Jeles sebab dia tinggi. Hehe
 
 
 Aisyah a.k.a Xio . The cute girl :P

 
 Wani. Heroin of Beta. :)


Hani. Also my teammate for group presentation.


 Aisyah. Paling happening dalam kelas. Tapi boys suka panggil dia Sparta. Tak paham gua. hehe


Ni pulak Fatin Nurina. Speechless bila dengar dia speaking. hehe


 
Tadaaa.. Gadis-gadis melayu terakhir. Hehe. Yang tudung purple tu Fatin Nadiah. Call her Aten. Yang tudung pink pulak Amira. Lovely girls . awww ;)
 
 
Ni pulak Anis Nabihah. A successful businesswoman. Sorry sbb kidnap pic awk kat fb. Hehe :)
 

 
Yang bertudung hitam tu plak Farihah. Saudara kerabat saya kot kat kampung. hehe
 
 

 
 
Yang bertudung hitam tu namanya Adibah. Sebelah dia tu Anis. Comel kan dorang? ;)
 
 
Gadis ayu ni nama dia Syahirah. :)
 
 
This is Raihan Firdaus. Just call her Pidah. A happy-go-lucky person :)
 
 
Yang  ni plak Shaie and Aisyah. Peace no war :)
 
 
Last but not  least, Atiqah. Yang kedua sebelah kiri. Sorry sbb tak  jumpa gambar awak sorang-sorang. hehe :)
 
 
I think that's all for part 1 . To be continued in Part 2. :)
 
 
#ngantok. sayonara :)
 



Sunday, 10 February 2013

Hindari penyakit takbur

Bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Hari ini aku masih boleh mencoretkan secebis lagi nasihat dan peringatan untuk diriku sendiri dan  semua. Walaupun aku masih demam namun aku tetap gagahkan diriku ini.Alhamdulillah sekali lagi dengan kuasaNya lah aku masih disini.
In shaa Allah kali ini aku akan berkongsi serba sedikit mengenai sifat takbur. 

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.
-credit to http://firdausalhafiz.blogspot.com

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong.Kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak  dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
(Surah al-Isra'-37)

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Dzar : ''Wahai Abu Dzar,barangsiapa mati dan dalam hatinya ada sebesar debu saja dari takbur,ia tidak akan mencium bau syurga,kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya''.

Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalah kesombongan.Ini adalah sifat syaitan yang mencorakkan kejahatan dan pembangkangan kepada Allah.Hasilnya, bagi pengidap penyakit ini adalah terhapusnya semua amalan baik yang mereka lakukan,dan menjadikan mereka hina di bumi dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda ''Orang-orang yang  sombong,keras kepala dan takbur akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam bentuk semut kecil,yang diinjak mereka oleh manusia,kerana hinanya mereka di sisi Allah S.W.T.''

Oleh itu Nabi S.A.W. sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada sifat takbur dan sombong:
''Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari hembusan sombong''


p/s: Semoga kita sama-sama dijauhi dari sifat sombong dan takbur ini. Amin  ya rabb. :)

Friday, 8 February 2013

i.k.h.l.a.s

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah kerana hari ini dan saat ini aku masih bernyawa dan mengecapi nikmat iman dan islam.

IKHLAS ? Semua orang pernah dengar kan perkataan tu. Persoalannya, adakah kita betul-betul faham makna ikhlas tu sebenarnya? Kita selalu dengar orang cakap, 'saya buat ni dengan ikhlas' 'saya ikhlas tolong dia' 'saya ikhlas derma untuk rumah anak-anak yatim tu' . Apa maksud ikhlas yang sebenarnya ? Ikhlas merupakan salah satu daripada pelbagai amalan hati. Malahan ikhlas berada di barisan permulaan dari amal-amal hati. sebab diterimanya pelbagai amal tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan ikhlas. So, ikhlas ni sebenarnya tak dapat diungkapkan melalui kata-kata namun ia hanya dapat dirasai dengan hati.

Maksud ikhlas di sini adalah menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dari segala noda individual mahupun duniawi. Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi hari akhirat.






Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidaklah sesukar mana tetapi ia perlu dipastikan dengan sungguh-sungguh dalam setiap amalan dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi.Tanpa kesungguhan dan istiqamah maka ikhlas itu sukar diperolehi. Ingatlah,ikhlas itu apabila kita berbuat sesuatu amalan kerana mahukan balasan dari Allah dan bukan makhluk.

Jika kita merujuk kepada pandangan para ulamak,mereka bersepakat menyatakan ikhlas itu dalam tiga bentuk  :
  • Pertama - apabila kita melakukan  sesuatu kerana mahukan pahala atau syurga Allah.
  • Kedua - apabila kita melakukan sesuatu kerana mahu menjauhi dosa atau neraka Allah.
  • Ketiga - apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan keredaan Allah.
Sesiapa yang amalannya dimulakan  dengan salah satu daripada niat tersebut, maka In shaa Allah dia akan mendapat ganjaran di sisi Allah.








Keistimewaan sifat IKHLAS ~

  • Menjauhkan sifat berpura-pura -   Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”.  (Riwayat Baihaqi). Sememangnya manusia inginkan pujian, dipandang hebat oleh manusia sekeliling dan mendapat pangkat keduniaan. Malangnya,manusia seperti ini tersangat  rugi kerana di sisi Allah semuanya kosong dan tidak bermakna. 
  • Menghapuskan sifat ria' - Ria' merupakan sifat yang  paling berbahaya yang boleh memusnahkan semua pahala amalan yang dilakukan.
  • Mewujudkan sifat redha dan memberi ketenangan.


p/s : coretan ini juga sebagai peringatan untuk diriku sendiri yang sering lupa dan alpa. Segala kekurangan dalam coretan kali ini beribu ampun dan maaf untuk kalian. Tegurlah diri ini agar aku boleh memperbaikinya. Semoga kita melakukan sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah. In shaa Allah. :)



Monday, 28 January 2013

erti hidup sebenar

Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

alhamdulillah..saat ini aku masih dapat melihat dunia,masih boleh mengeluarkan isi hatiku dekat benda alah ni.
aku bersyukur dengan hidupku jika nak dibandingkan dengan orang yang tengah terlantar sakit,kebuluran dan kesedihan kehilangan orang yang disayangi.aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.mukadimah yang mangarut aku rasa.lupakan jelah ye.

sebenarnya,aku tak tahu apa perasaan aku sekarang.macam-macam bercampur dalam fikiranku sekarang.yang paling aku rasa ialah aku memang tengah berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang tak lama lagi.sungguh aku katakan aku memang tak yakin langsung dengan result aku tu.yang aku mampu buat sekarang ialah berdoa banyak-banyak,solat hajat,banyakkan ingat Allah.Aku tengah mempersiapkan diriku untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal aku hadapi nanti. either cemerlang or gagal. aku mesti redha,pasrah dan terima takdir tu seadanya.sesungguhnya kalau aku gagal sekalipun aku masih ada Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.Aku pernah terdengar orang cakap 'gagal spm bukan bererti kita tak ada masa depan'. betul tu. 

hidup ini bukan selamanya indah.kadang-kadang Allah duga kita untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita,setinggi mana kesabaran yang kita miliki.Hidup ini memang penuh berliku.Tapi,kalau kita yakin pada Allah,in shaa Allah semuanya akan jadi mudah,percayalah.Dia adalah tempat untuk mengadu,merintih,meluahkan masalah dan perasaan kita.


YA ALLAH,YA RABBI..AKU MEMOHON PADAMU YA ALLAH.KURNIAKAN KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG UNTUK AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU .PERMUDAHKAN URUSAN KAMI.TENTUKAN YANG  TERBAIK UNTUK KAMI.TABAHKAN HATI KAMI DALAM MENGHADAPI UJIAN DARIMU.YA ZALJALALLILWALIKRAM ..AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI,DOSA KEDUA IBU-BAPA KAMI,DOSA GURU-GURU KAMI.BERKATILAH HIDUP KAMI DAN BIMBINGLAH DIRI KAMI KE JALANMU.
AMIN YA RABBALAMIN





Tuesday, 22 January 2013

ehem-ehem


10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
copy from harianislam page


ya Allah...kurniakanlah seorang suami yang soleh untukku..bapa yang baik untuk anak-anakku..ya Allah..bimbinglah diriku untuk menjadi seorang muslimah solehah yang hatinya hanyalah untukMu..permudahkanlah segala urusanku..ya Rabb..ya zaljalalliwalikram..Ameen ya rabb alamin..

Sunday, 20 January 2013

english course for post spm

Assalamualaikum

hye guys..how are you? actually,last week aku dah start kelas bahasa inggeris tu. Best kot. Dapat ramai kawan.Belajar dengan style baru. Macam budak universiti kot. HAHA. Lecturer pun best belaka.Aku ditempatkan dalam kumpulan BETA. Unluckily,aku tak sekelas dengan Anis. sobsobsob. takpetakpe. time rehat kita boleh jumpa kan. sembang-sembang walaupun sekejap.

dekat kelas ni pun aku dapat nametag. sometimes nampak smart and sometimes nampak lawak. haha. tapi agak penat lah bila dah join kelas ni. bangun awal pagi. dahla aku jarang bangun awal lepas spm ni. lepas subuh je mesti tidur balik.haha. teruk kan. ok,lupakan. tak layak nak buat isteri kan. haha. guraugurau. lepas habis kelas ada homework pulak. macam-macam assignment. sabar jelah. tapi enjoy lah kelas tu. huhu

ok,daaa
malas menaip lagi :P

Monday, 7 January 2013

guru mudaku

hye :)

okay. now, i want to share about my bestfriend:)
his name is ahmad fahmie bin mohamad
currently in melaka
actually, he always help me especially in my study
for short i call him fami :)
ok, fami ni memang budak yang pelik bagi aku
dia memang bijak,baik,alim
aku rasa dia kot budak laki yang paling baik kat sekolah tu
aku rase lah
dia ni memang selalu ada time aku susah
aku pun ada jugaklah share poblem aku kat dia
kalau aku kena buli, dialah yang selalu back-up.haha
tapi, time exam or everytime dia memang selalu ajar aku
tapi kiteorg memang selalu gaduh.haha
aku ni memang selalu tak puas hati dengan dia.haha
tapi, aku kenal dengan dia pun time form5
time form 4 aku tak tahu pun dia wujud dekat sekolah tu.sorry fami
tapi dia pun cakap macam tu jugak kat aku
dia memang tak kenal aku time form 4.haha..apeape jelah
sekarang dia dah pergi plkn.huhu
gudluck yaww.. :)
minggu lepas dia text aku then dia cakap tak best plkn.haha..sabor jelah :)
hope we can be best friend forever.
last but not least dia sarankan aku berdakwah kat blog ni..
thanks for the suggestion ;)
akan ku laksanakan ...

ni dia si fami :)
kantoi maen phone.haha
aku ingat lagi time ni study chemistry kat kantin
dia bosan lah tu ajar aku yang banyak karenah ni..haha


thanks fami for all your sacrifice :)
may Allah bless u :D








Sunday, 6 January 2013

mom,you are the number one for me :)

Assalamualaikum ;)


Apa khabar semua? semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin
post kali ni special untuk bondaku tersayang.hewhew
beliau nilah yang melahirkan aku,membesarkan aku,menjaga aku,mendidik aku and 
as the conclusion beliaulah yang paling banyak berkorban untuk aku
jasa beliau tak mungkin dapat ku balas
mungkin aku pernah menyakiti hati beliau
ok, sekarang aku nak buka cerita
cerita ni menunjukkan betapa aku ni memang..hmm..malas nak mention lah
satu hari tu aku tengah syok buat ape entah sampaikan mak aku panggil aku lambat sikit menyahut
then, tetiba lepas tu dia keluar air mata
aku ape lagi,, bersalah giler lah
aku mintak maaf kat dia then lepas tu aku memang jaga hati dia gilagila
takut peristiwa lama berulang..maybe waktu tu aku sekolah rendah kot
hingusan lagi waktu tu..hehe
sekarang aku cuba untuk menjadi anak yang solehah untuk ibubapa ku
in shaa Allah :)
aku memang manja kot dengan mak..semua masalah aku cerita kat dia
satu hari tu aku call mak kat dalam dorm (kantoi bawak phone..haha)
sembang lama gila..kawan aku duk jeling je then geleng kepala
haha..dia cakap aku ni memang anak mak..haha..of course la kan
masa aku stay kat hostel memang selalu call mak..tiga hari sekali lah paling lama kot
kalu dah lebih tiga hari mesti mak tanya kenapa tak call
hehe..lawak kot. 
now, aku cuak gila kot nak tunggu result spm keluar
~mak, minta maaf sangat-sangat kalau orang tak dapat 9A~ :(



mom :))

for you,mom ;)