HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Friday, 8 February 2013

i.k.h.l.a.s

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah kerana hari ini dan saat ini aku masih bernyawa dan mengecapi nikmat iman dan islam.

IKHLAS ? Semua orang pernah dengar kan perkataan tu. Persoalannya, adakah kita betul-betul faham makna ikhlas tu sebenarnya? Kita selalu dengar orang cakap, 'saya buat ni dengan ikhlas' 'saya ikhlas tolong dia' 'saya ikhlas derma untuk rumah anak-anak yatim tu' . Apa maksud ikhlas yang sebenarnya ? Ikhlas merupakan salah satu daripada pelbagai amalan hati. Malahan ikhlas berada di barisan permulaan dari amal-amal hati. sebab diterimanya pelbagai amal tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan ikhlas. So, ikhlas ni sebenarnya tak dapat diungkapkan melalui kata-kata namun ia hanya dapat dirasai dengan hati.

Maksud ikhlas di sini adalah menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dari segala noda individual mahupun duniawi. Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi hari akhirat.






Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidaklah sesukar mana tetapi ia perlu dipastikan dengan sungguh-sungguh dalam setiap amalan dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi.Tanpa kesungguhan dan istiqamah maka ikhlas itu sukar diperolehi. Ingatlah,ikhlas itu apabila kita berbuat sesuatu amalan kerana mahukan balasan dari Allah dan bukan makhluk.

Jika kita merujuk kepada pandangan para ulamak,mereka bersepakat menyatakan ikhlas itu dalam tiga bentuk  :
  • Pertama - apabila kita melakukan  sesuatu kerana mahukan pahala atau syurga Allah.
  • Kedua - apabila kita melakukan sesuatu kerana mahu menjauhi dosa atau neraka Allah.
  • Ketiga - apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan keredaan Allah.
Sesiapa yang amalannya dimulakan  dengan salah satu daripada niat tersebut, maka In shaa Allah dia akan mendapat ganjaran di sisi Allah.








Keistimewaan sifat IKHLAS ~

  • Menjauhkan sifat berpura-pura -   Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”.  (Riwayat Baihaqi). Sememangnya manusia inginkan pujian, dipandang hebat oleh manusia sekeliling dan mendapat pangkat keduniaan. Malangnya,manusia seperti ini tersangat  rugi kerana di sisi Allah semuanya kosong dan tidak bermakna. 
  • Menghapuskan sifat ria' - Ria' merupakan sifat yang  paling berbahaya yang boleh memusnahkan semua pahala amalan yang dilakukan.
  • Mewujudkan sifat redha dan memberi ketenangan.


p/s : coretan ini juga sebagai peringatan untuk diriku sendiri yang sering lupa dan alpa. Segala kekurangan dalam coretan kali ini beribu ampun dan maaf untuk kalian. Tegurlah diri ini agar aku boleh memperbaikinya. Semoga kita melakukan sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah. In shaa Allah. :)



No comments: