HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Tuesday, 22 January 2013

ehem-ehem


10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
copy from harianislam page


ya Allah...kurniakanlah seorang suami yang soleh untukku..bapa yang baik untuk anak-anakku..ya Allah..bimbinglah diriku untuk menjadi seorang muslimah solehah yang hatinya hanyalah untukMu..permudahkanlah segala urusanku..ya Rabb..ya zaljalalliwalikram..Ameen ya rabb alamin..

No comments: