Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah. Hari ini aku masih boleh mencoretkan secebis lagi nasihat dan peringatan untuk diriku sendiri dan semua. Walaupun aku masih demam namun aku tetap gagahkan diriku ini.Alhamdulillah sekali lagi dengan kuasaNya lah aku masih disini.
In shaa Allah kali ini aku akan berkongsi serba sedikit mengenai sifat takbur.
Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.
-credit to http://firdausalhafiz.blogspot.com
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong.Kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
(Surah al-Isra'-37)
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Dzar : ''Wahai Abu Dzar,barangsiapa mati dan dalam hatinya ada sebesar debu saja dari takbur,ia tidak akan mencium bau syurga,kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya''.
Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalah kesombongan.Ini adalah sifat syaitan yang mencorakkan kejahatan dan pembangkangan kepada Allah.Hasilnya, bagi pengidap penyakit ini adalah terhapusnya semua amalan baik yang mereka lakukan,dan menjadikan mereka hina di bumi dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda ''Orang-orang yang sombong,keras kepala dan takbur akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam bentuk semut kecil,yang diinjak mereka oleh manusia,kerana hinanya mereka di sisi Allah S.W.T.''
Oleh itu Nabi S.A.W. sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada sifat takbur dan sombong:
''Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari hembusan sombong''
p/s: Semoga kita sama-sama dijauhi dari sifat sombong dan takbur ini. Amin ya rabb. :)