HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Monday, 28 January 2013

erti hidup sebenar

Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

alhamdulillah..saat ini aku masih dapat melihat dunia,masih boleh mengeluarkan isi hatiku dekat benda alah ni.
aku bersyukur dengan hidupku jika nak dibandingkan dengan orang yang tengah terlantar sakit,kebuluran dan kesedihan kehilangan orang yang disayangi.aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.mukadimah yang mangarut aku rasa.lupakan jelah ye.

sebenarnya,aku tak tahu apa perasaan aku sekarang.macam-macam bercampur dalam fikiranku sekarang.yang paling aku rasa ialah aku memang tengah berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang tak lama lagi.sungguh aku katakan aku memang tak yakin langsung dengan result aku tu.yang aku mampu buat sekarang ialah berdoa banyak-banyak,solat hajat,banyakkan ingat Allah.Aku tengah mempersiapkan diriku untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal aku hadapi nanti. either cemerlang or gagal. aku mesti redha,pasrah dan terima takdir tu seadanya.sesungguhnya kalau aku gagal sekalipun aku masih ada Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku.Aku pernah terdengar orang cakap 'gagal spm bukan bererti kita tak ada masa depan'. betul tu. 

hidup ini bukan selamanya indah.kadang-kadang Allah duga kita untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita,setinggi mana kesabaran yang kita miliki.Hidup ini memang penuh berliku.Tapi,kalau kita yakin pada Allah,in shaa Allah semuanya akan jadi mudah,percayalah.Dia adalah tempat untuk mengadu,merintih,meluahkan masalah dan perasaan kita.


YA ALLAH,YA RABBI..AKU MEMOHON PADAMU YA ALLAH.KURNIAKAN KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG UNTUK AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU .PERMUDAHKAN URUSAN KAMI.TENTUKAN YANG  TERBAIK UNTUK KAMI.TABAHKAN HATI KAMI DALAM MENGHADAPI UJIAN DARIMU.YA ZALJALALLILWALIKRAM ..AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI,DOSA KEDUA IBU-BAPA KAMI,DOSA GURU-GURU KAMI.BERKATILAH HIDUP KAMI DAN BIMBINGLAH DIRI KAMI KE JALANMU.
AMIN YA RABBALAMIN





Tuesday, 22 January 2013

ehem-ehem


10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
copy from harianislam page


ya Allah...kurniakanlah seorang suami yang soleh untukku..bapa yang baik untuk anak-anakku..ya Allah..bimbinglah diriku untuk menjadi seorang muslimah solehah yang hatinya hanyalah untukMu..permudahkanlah segala urusanku..ya Rabb..ya zaljalalliwalikram..Ameen ya rabb alamin..

Sunday, 20 January 2013

english course for post spm

Assalamualaikum

hye guys..how are you? actually,last week aku dah start kelas bahasa inggeris tu. Best kot. Dapat ramai kawan.Belajar dengan style baru. Macam budak universiti kot. HAHA. Lecturer pun best belaka.Aku ditempatkan dalam kumpulan BETA. Unluckily,aku tak sekelas dengan Anis. sobsobsob. takpetakpe. time rehat kita boleh jumpa kan. sembang-sembang walaupun sekejap.

dekat kelas ni pun aku dapat nametag. sometimes nampak smart and sometimes nampak lawak. haha. tapi agak penat lah bila dah join kelas ni. bangun awal pagi. dahla aku jarang bangun awal lepas spm ni. lepas subuh je mesti tidur balik.haha. teruk kan. ok,lupakan. tak layak nak buat isteri kan. haha. guraugurau. lepas habis kelas ada homework pulak. macam-macam assignment. sabar jelah. tapi enjoy lah kelas tu. huhu

ok,daaa
malas menaip lagi :P

Monday, 7 January 2013

guru mudaku

hye :)

okay. now, i want to share about my bestfriend:)
his name is ahmad fahmie bin mohamad
currently in melaka
actually, he always help me especially in my study
for short i call him fami :)
ok, fami ni memang budak yang pelik bagi aku
dia memang bijak,baik,alim
aku rasa dia kot budak laki yang paling baik kat sekolah tu
aku rase lah
dia ni memang selalu ada time aku susah
aku pun ada jugaklah share poblem aku kat dia
kalau aku kena buli, dialah yang selalu back-up.haha
tapi, time exam or everytime dia memang selalu ajar aku
tapi kiteorg memang selalu gaduh.haha
aku ni memang selalu tak puas hati dengan dia.haha
tapi, aku kenal dengan dia pun time form5
time form 4 aku tak tahu pun dia wujud dekat sekolah tu.sorry fami
tapi dia pun cakap macam tu jugak kat aku
dia memang tak kenal aku time form 4.haha..apeape jelah
sekarang dia dah pergi plkn.huhu
gudluck yaww.. :)
minggu lepas dia text aku then dia cakap tak best plkn.haha..sabor jelah :)
hope we can be best friend forever.
last but not least dia sarankan aku berdakwah kat blog ni..
thanks for the suggestion ;)
akan ku laksanakan ...

ni dia si fami :)
kantoi maen phone.haha
aku ingat lagi time ni study chemistry kat kantin
dia bosan lah tu ajar aku yang banyak karenah ni..haha


thanks fami for all your sacrifice :)
may Allah bless u :D








Sunday, 6 January 2013

mom,you are the number one for me :)

Assalamualaikum ;)


Apa khabar semua? semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin
post kali ni special untuk bondaku tersayang.hewhew
beliau nilah yang melahirkan aku,membesarkan aku,menjaga aku,mendidik aku and 
as the conclusion beliaulah yang paling banyak berkorban untuk aku
jasa beliau tak mungkin dapat ku balas
mungkin aku pernah menyakiti hati beliau
ok, sekarang aku nak buka cerita
cerita ni menunjukkan betapa aku ni memang..hmm..malas nak mention lah
satu hari tu aku tengah syok buat ape entah sampaikan mak aku panggil aku lambat sikit menyahut
then, tetiba lepas tu dia keluar air mata
aku ape lagi,, bersalah giler lah
aku mintak maaf kat dia then lepas tu aku memang jaga hati dia gilagila
takut peristiwa lama berulang..maybe waktu tu aku sekolah rendah kot
hingusan lagi waktu tu..hehe
sekarang aku cuba untuk menjadi anak yang solehah untuk ibubapa ku
in shaa Allah :)
aku memang manja kot dengan mak..semua masalah aku cerita kat dia
satu hari tu aku call mak kat dalam dorm (kantoi bawak phone..haha)
sembang lama gila..kawan aku duk jeling je then geleng kepala
haha..dia cakap aku ni memang anak mak..haha..of course la kan
masa aku stay kat hostel memang selalu call mak..tiga hari sekali lah paling lama kot
kalu dah lebih tiga hari mesti mak tanya kenapa tak call
hehe..lawak kot. 
now, aku cuak gila kot nak tunggu result spm keluar
~mak, minta maaf sangat-sangat kalau orang tak dapat 9A~ :(



mom :))

for you,mom ;)