HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Wednesday, 18 July 2012

welcome home :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni aku dapat balik. Sementara menunggu solat isyak, terasa pula nak update blog yang terbiar ni.Kasihan pula rasanya kat blog ni.Nak study, tapi kepala ni rasa sakit dan berdenyut dari tadi lagi. Mungkin sebab makan durian tadi sebelum balik.Alhamdulillah ya Allah.Kau cuma berikan aku cuma sedikit saja sakit.Aku bersyukur bila mengenangkan orang lain yang terlantar di hospital dan sebagainya.

T R I A L

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SBP semakin hampir.Tapi aku masih terkontang-kanting.Sukatan pelajaran masih banyak lagi tak habis belajar.Alhamdulillah kesedaran dah mula datang.Aku bawak balik buku banyak tadi.Dengan harapan untuk study dekat rumah ni.Insya-Allah, jika kita nakkan sesuatu, pasti Allah akan tolong.Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu JIHAD ! ingatlah bahawa menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap muslim.(Hadis riwayat Ibn Majah & Ibn Ya'la)

Ya Allah, aku memohon padaMu.Kurniakanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.Jauhilah aku daripada sifat malas.Kuatkanlah semangatku dalam menuntut ilmu.Ya Rabbi..Kau terangilah hatiku dan lapngkanlah dadaku...Berikanlah kejayaan kepada kami dalam peperiksaan nanti..Amin..


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN :)

GOOD LUCK :)

SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA :D



No comments: