HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Friday, 20 July 2012

Tuhan Yang Maha Mendengar

Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar ialah tuhan Yang Maha Mengasihi hamba-hamba-Nya.Allah Maha Mendengar.Sebab itu antara nama-nama Allah yang baik(Asmaul Husna) ialah al-Sami'Allah Maha Mendengar rintihan,doa,dan pengaduan hamba-hamba Nya.Tanpa mengira sesiapa,bila dan di mana jua,Allah mendengar doa hamba-hamba-Nya.

Allah memakbulkan permintaan,memenuhi harapan.Allah tidak jemu-jemu mendengar... sayangnya, kita yang sering jemu memperdengarkan.Jadi, sekarang kita seharusnya sedar mengapa Allah wajar dijadikan kekasih awal dan akhir....kerana Dia Maha Mendengar !
I hope that the days come easy
and the moments pass slow
And reach roads leads you where
you want to go
And if you're faced with a choice,
and you have to choose
I hope you choose the one that
means the most of you

And if one door opens,
to another door closed
I hope you keep on walkin'
till you find the window,
If it's cold outside,show the world
the warmth of your smile
But more then anything,
more than anything...

My wish for you,is that this life
becomes all that you want it to
Your dreams stay big
and your worries stay small
you never need to carry
more than you can hold
And while you're out there
getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you :) <3


#sajesaje dan sukasuka je #

Ramadhan datang lagi :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah malam ni aku dapat kekuatan untuk ke masjid dan menunaikan solat sunat terawih.Aku jalan kaki seorang diri ke masjid kerana adik dan ibuku letih kerana kami mengadakan majlis cukur jambul untuk anak saudaraku yang lahir sehari sebelum hari jadiku.Bangga rasanya.Hehe.

Tapi, aku pelik dengan satu perkara ni..Kenapa ada orang yang tak menutup aurat tapi ke masjid? Tak malu ke? Aku sedar aku bukan ustazah nak bagi ceramah ni.Ok, stop.

Lastly, sebelum menutup blog ni aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT RAMAHDHAN AL-MUBARAK. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEBELUMNYA.

p/s:takde mood nak tulis banyakbanyak =,=''

Thursday, 19 July 2012

Dr.Sheikh Muszaphar !

Assalamualaikum..

Sempena Minggu Sains dan Matematik, sekolah saya menjemput Dr.Sheikh Muszaphar ke sekolah untuk program Science Talk pada hari Isnin lepas (16 Julai 2012).Saya excited giler nak sambut Dr. Sheikh.Beliau sampai pada pukul 11 pagi.Dewan besar SAHUT dipenuhi oleh pelajar SAHUT dan pelajar-pelajar sekolah  lain.Memang sesak hari tu.Tapi rasa bangga sangat bila Angkasawan Pertama Malaysia menjejakkan kaki ke sekolah kami.Beliau memberikan ceramah mengenai pengalaman beliau dan kata-kata semangat untuk kami.Saya begitu tekun dan bersemangat mendengar kata-kata beliau.Beliau memang seorang yang berkarisma dan sangat berdedikasi.Nak tahu tak apa yang saya catat dalam buku catatan saya ?

Ini antara catatannya :


  •  Kenapa kita perlu ke angkasa lepas ?

 -lakukan penyelidikan


  • kita mesti bercita-cita tinggi

tulis besar-besar dekat bilik nak jadi apa bila besar nanti
SAYA NAK JADI DENTIST !

  • microgravity
  • no bacteria in space ( tak mandi pun takpe)
  • org islam yang ke-9 ke space
  • kiblat? menghala ke Bumi
  • solat ikut waktu Kazakhstan
  • tayamum (tepuk dinding ISS)
  • solat 5 kali sehari
  • bersenam setiap hari - 2 jam sehari
  • co2 will be recycled back to O2
  • melihat betapa besarnya kebesaran Allah dari sana. Masha-Allah
  • tinggal 12 hari di space
  • buat penyelidikan tentang bacteria,cancer cell and so on
  • dengar suara azan
  • suhu dikawal dari bawah -Moscow
  • Soyuz? Kecik jer. Kalau kita lagi pendek, lagi bagus.,kata beliau. :)
  • jangan takut untuk buat sesuatu kerana kita cuma perlu takut kepada ALLAH.
  • kita cuma ada satu peluang sahaja,.so,, rebutlah peluang tersebut
  • nasihat beliau ; you must be fluent in english if you want to conquer the world !

Begitulah sedikit sebanyak coretan kali ini. Thanks.Ya Lublu Tibya.(ayat Dr. Sheikh) :D



Wednesday, 18 July 2012

welcome home :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni aku dapat balik. Sementara menunggu solat isyak, terasa pula nak update blog yang terbiar ni.Kasihan pula rasanya kat blog ni.Nak study, tapi kepala ni rasa sakit dan berdenyut dari tadi lagi. Mungkin sebab makan durian tadi sebelum balik.Alhamdulillah ya Allah.Kau cuma berikan aku cuma sedikit saja sakit.Aku bersyukur bila mengenangkan orang lain yang terlantar di hospital dan sebagainya.

T R I A L

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SBP semakin hampir.Tapi aku masih terkontang-kanting.Sukatan pelajaran masih banyak lagi tak habis belajar.Alhamdulillah kesedaran dah mula datang.Aku bawak balik buku banyak tadi.Dengan harapan untuk study dekat rumah ni.Insya-Allah, jika kita nakkan sesuatu, pasti Allah akan tolong.Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu JIHAD ! ingatlah bahawa menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap muslim.(Hadis riwayat Ibn Majah & Ibn Ya'la)

Ya Allah, aku memohon padaMu.Kurniakanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.Jauhilah aku daripada sifat malas.Kuatkanlah semangatku dalam menuntut ilmu.Ya Rabbi..Kau terangilah hatiku dan lapngkanlah dadaku...Berikanlah kejayaan kepada kami dalam peperiksaan nanti..Amin..


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN :)

GOOD LUCK :)

SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA :D