HOME ABOUT ME GENERAL ISLAMIC LOVE STUDIES

Thursday, 28 June 2012

Thank You Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Kini aku sedar Ya Allah
selama ini aku telah lalai daripada mengingati-Mu
aku hanyut!
hanyut dalam arus dunia
hanyut dengan godaan syaitan!
Ya Allah..
ampunilah dosa-dosaku selama ini
terimalah luahan hati ini
aku malu Ya Allah
aku malu pada-Mu
Ya Rahman..
bimbinglah hatiku untuk hanya mengingati-Mu
jauhilah aku daripada segala bisikan syaitan yang telah merosakkan hatiku selama ini
bantulah aku Ya Allah
aku sedar ..hidup ini hanya sementara
Ya Rabb..
kurniakanlah ketenangan jiwa untukku
limpahkanlah rahmat-Mu untukku
Aku rindu Ya Allah..
aku rindu untuk bermunajat pada-Mu
bangkitkanlah jasadku pada waktu manusia lain sedang lena
bangkitkanlah diriku agar aku dapat meluahkan resahku hanya kepadaMu
aku mohon Ya Allah..
berilah petunjuk dan hidayah-Mu untukku
kurniakanlah juga kejayaan untukku agar aku dapat melihat senyuman orang di sekelilingku
kasihanilah aku Ya Rahim...
janganlah Kau hilangkan perasaan cintaku untukMu..
sekali lagi,,,ampunilah dosa-dosaku...Amin...
aku rindu padaMu!!!



secebis muhasabah buat diriku...



"Ya Allah, hilangkanlah rasa cintaku ini jika dia bukan untukku, namun jika dia adalah jodohku, hadirkanlah rasa ini setelah dia sah menjadi suamiku, kerana sesungguhnya aku hanyalah inginkan cinta yang halal buat diriku. Sesungguhnya, aku mencari cinta orang yang mencintaiMu dan sesungguhnya aku mendambakan cintaMu yang Maha Suci."





kepada si dia,
awak, saya nak awak jadi yang halal untuk saya.Saya tahu banyak kekurangan dalam diri saya.Tapi, saya sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik.Saya nak awak dan saya sama-sama perbaiki diri.Saya rasa bersalah sangat kepada Dia atas kesalahan saya selama ini.Saya harap awak pun dapat menjadi seorang muslim yang terbaik.Jika kita ada jodoh, insya-Allah tak kemana.Semuanya dah ditentukan oleh-Nya.Semoga awak sentiasa di bawah lindungan-Nya.Amin.Semoga kita sama-sama dapat bermujahadah untuk melawan nafsu yang sering hadir untuk merosakkan keimanan kita terhadap yang Maha Berkuasa.Tegurlah diriku sekiranya diri ini melampaui batas.Sama-samalah kita mengejar keredaan-Nya.Insya-Allah:)